Selasa, 7 Oktober 2008

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Alhamdulillah..Allah panjangkan usia kita untuk sama-sama merasai Ramadhan dan merayakan Syawal tahun ini. Raya tahun ni seperti biasa saya balik kampung di Sarikei. Raya pertama meriah walaunpun hujan lebat melanda dari petang sampai ke malam.
Raya kedua pula membawa ibu bapa untuk menziarah kubur arwah datuk sebelah mak, Abang Ahad di Sibu. Raya keempat dah kena balik semula ke Kuching untuk beraya bersama keluarga sebelah bapa.
Meriahnya raya tidak sama seperti yang dilalui masa zaman kanak-kanak dulu. Sekarang bila dah ada kerjaya sendiri..'mak anjang' (panggilan untuk saya) kena bagi duit raya pula..aduhhh..
tapi yang penting kita dapat sama-sama merayakan lebaran tahun ini bersama keluarga dan sahabat handai.

Buat kawan-kawan saya, Diah, Jedan, Mandy, Nuar, Ayu, Rin..saya ucapkan selamat hari raya..maaf zahir dan batin.

31 Disember 2018

Hari terakhir di tahun 2018. Makin lama makin terasa malas nak memblog. Gago ilak ngan keja. Banyak kenangan yg ditinggalkan dlm tahun ...