Semalam tengah dok layan cerita-cerita kat tv (sebenarnya nak tengok citer hantu kat tv3, tapi sebab sorang je kat umah, takut punyer pasal , terus terpadam niat nak tengok he he)... terus tertengok movie hindi kat astro channel..mula-mula tu tak faham jalan citer..tp sebab hero kacak punya hal, terus 'melekat' kat depan tv sampai movie tu habis.
Bukan nak mengulas jalan citer, tetapi sekadar berkongsi pendapat tentang apa yang saya fahami daripada movie tersebut.
Kisah bermula dengan 5 orang sahabat yang masing-masing bertaruh untuk mencapai kebahagiaan dalam tempoh 5 tahun. Sepanjang tempoh tersebut, masing-masing mengambil jalan mudah untuk mencapai peluang di depan mata. Tetapi akhirnya mereka tewas dalam perjuangan. Di situ saya mendapat 'sesuatu' yang saya fahami..dalam hidup ini peluang sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja, tetapi jalan untuk mendapatkan peluang tersebut adalah berbeza. Ada yang mengambil jalan mudah, terpaksa mengecewakan hati insan lain, terpaksa melepaskan apa yang menjadi 'kesayangan' dan sebagainya. Walau bagaimanapun, hanya diri kita sendiri yang dapat menilai tentang apa yang kita lakukan.
Kejayaan, kesenangan, ketenangan yang kita perolehi sekarang mengambil masa yang begitu lama untuk dikecapi...
saya percaya pada ketetapan hati..apa yang terlintas di fikiran, terdetik di hati..itulah menjadi pegangan saya dalam membuat sesuatu perkara..insyallah dengan izinNYA, semua perkara yang dilakukan akan menjadi mudah.
Sedar tak sedar hampir 3 jam saya 'layan' tonton movie hindi tersebut...tersenyum seorang diri mengenangkan perjalanan hidup..
teringat pada janji bersama kwn-kwn geng PIRANA masa studi dulu..saya ketua geng tersebut...
wiah, nita, nai, ida, liza, roha, zizah, noeng..semua satu kepala walaupun dari segi perwatakan, saya agak nakal sikit he he..(bukan nakal apa..brutal sikit beb)kwn2 lain semuanya baik2..bertudung kemas, labuh....alhamdulillah..semua bahagia dalam kehidupan masing-masing sekarang...perwatakan saya yang ceria membuatkan saya mudah mesra dengan semua kwn2..sampai kwn2 tidak menyedari bila masa saya berduka dan kecewa..(yang tu rahsia hati saya sorang je tahu)..
janji kami untuk 'berjumpa semula' masih blm dpt ditunaikan kerana lantaran kesibukan masing-masing membataskan waktu kami..
sudah lebih 10 tahun tidak bersua muka..entah macam mana rupa korang sekarang ye...really miss u all.!!