Khamis, 16 Oktober 2008

Salam takziah buat Raja Norhasnee

Salam takziah buat keluarga allahyarhamah pelajar DPA saya semester 4, Raja Norhasnee yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi. Arwah seorang yang lembut sifatnya, baik hati, pendiam tetapi Allah lebih menyayangi beliau. Arwah didapati menghidap penyakit diabetes dalam usia yang muda (19 tahun)....Bersama-sama dengan seorang pensyarah, Cik Zalina dan dua pelajar saya, Fitri dan Shukry, kami ke rumah keluarga arwah selepas zohor..tetapi arwah telah dikebumikan. Tak sempat saya nak menziarah dan menatap wajah beliau buat kali terakhir.
Sebagai Ketua Program, saya telah menasihati beliau untuk bercuti pada semester ini kerana memandangkan kesihatan beliau yang kurang mengizinkannya untuk meneruskan pelajaran pada semester ini. Sebelum raya, arwah berkesempatan berjumpa dengan saya dan saya mencadangkan beliau untuk mengambil cuti. Terkenang saya dengan keadaan bapa saya yang menghidap diabetes juga..terpaksa membuat suntikan di perut setiap kali sebelum makan.
Perjalanan hidup kita di dunia ni telah ditentukan oleh Yang Maha Esa..sebagai hambaNya, kita redha di atas ketentuanNYA..ada rahmat di atas segala-galanya...
Ya Allah...Semoga Engkau mencucuri rahmat ke atas roh arwah Raja Norhasnee, tempatkanlah beliau di kalangan orang-orang yang Engkau kasihi. Amin...

31 Disember 2018

Hari terakhir di tahun 2018. Makin lama makin terasa malas nak memblog. Gago ilak ngan keja. Banyak kenangan yg ditinggalkan dlm tahun ...