Jumaat, 31 Oktober 2008

Geram bercampur gembira.

Pagi tadi saya geram sangat kat budak-budak di kedai photostate bila mana cara mereka menjawab pertanyaan saya terlalu 'kurang sopan'. Di manakah nilai kebertanggungjawaban pada kerja yang diamanahkan?..bila melihat remaja berkelakuan sedemikian, hilang hormat pada org yang lebih tua, saya jadi sedih. Sedih memikirkan bagaimanakah perasaan org tua mereka bila tahu anak2 berperangai sedemikian..dah tu bernama perempuan!..
Dalam hal seperti ini, ibu bapa tidak boleh dipersalahkan. Ibu bapa dah bagi pendidikan yang secukupnya kepada anak2..dan anak2 jugalah yang perlu menjaga adab tatasusila pada diri masing-masing...
itulah kehidupan pada masa kini..nilai-nilai murni/moral sudah semakin 'hilang' dalam pegangan para remaja.
Saya sempat meluahkan ketidakpuasan masalah tersebut kepada kwn sekerja. Dan sambil bercerita tersebut , kwn saya ni mendapat perkhabaran gembira..alhamdulillah..beliau baru dpt surat kenaikan pangkat sebagai pensyarah kanan!..TAHNIAH KWN...keep up a good work.

Khamis, 30 Oktober 2008

Kunfayakun..maka terjadilah ia..

Dah tiga hari kesakitan menyerang saya..alhamdulillah kini beransur pulih..saya disuspek menghidap ulcer perut..penyakit ni telah lama saya hidap..asalnya drpd gastrik biasa..now its getting worst..doktor sarankan saya buat rawatan susulan dengan pakar..tetapi mendengar perkataan 'hospital'..menambahkan gerun di hati..he he..sebrutal mana pun saya..tapi bila dengar nak pegi hospital, tengok jarum suntikan, bau ubatan-ubatan..aduh...mau lari dibuatnya..
pasal tu ler tak dpt nak jadi doktor perubatan..ha ha ha ha...
tp itulah kehidupan kita..sakit, sihat, senang , kaya, miskin telah ditentukan oleh YANG MAHA ESA..
sebagai hambaNYA yang kerdil, kita terima pada segala ketentuanNYA..tetapi dengan doa dan usaha insyallah..kita mampu mendapat yang terbaik drpdNYA..
now, mak di kampung keep on calling bagitau suruh minum pati gamat utk ubat 'luka di dlm perut'..insyallah..nanti pi bandar baru ler nak cari stokis tu di mana..
tengah busy giler dengan peperiksaan budak-budak ni..marking semua dah jadi rutin kehidupan insan bernama PENDIDIK...

Isnin, 27 Oktober 2008

Cabaran pada seorang wanita..

Hujung minggu tadi saya balik kpg menjenguk mak ayah dan keluarga..sekarang di kpg saya tengah musim durian dan dabai..apa lagi 'berkaul' lah saya makan buah-buah tersebut...
itulah perkara yg saya buat bila menghadapi masalah...saya suka travelling walaupun terpaksa memandu 6 jam...atau kdg2 terpaksa duduk di dalam bas sehingga 6 jam..!!
tetapi itulah hakikatnya..bukan 'melarikan' diri daripada masalah..tetapi itu lah ketenangan yang dicari..bebas dr segala-galanya..
Apa yang ingin saya luahkan di sini adalah tentang cabaran dan nasib seorang wanita berkerjaya dan belum berkahwin (my story actually)..
Adakah menjadi satu kesalahan bila seorang wanita berkerjaya, senang dengan kehidupan yang dimilikinya?..seperti hidup saya..enjoy, hepi go lucky, ada mak bapa yang sayang sepenuhnya dengan kita..ada rumah, ada kereta, ada kerjaya yg baik, ada kedudukan..ada segala2nya..tak pernah ambil tahu hal org ..tak ada masa nak bergosip..tetapi telah menjadi 'buah mulut' org-org di sekeliling bila mana dilihat keluar bersama kaum bernama lelaki atas sesuatu urusan kerja ?..salahkah bila kita sebagai rakan sekerja keluar makan bersama sambil berbincang hal research, publication dengan kaum bernama lelaki?..(hanya kerana kita bekerja bersama dlm satu kumpulan)..
kita sebagai wanita tahu menjaga maruah kita, tahu adat, tahu hukum hakam agama..adakah kerana kita 'single' maka kita sering dikotak-katikkan sedemikian rupa?..
adakah keadilan bagi kita dibuat pertimbangan sedemikian hanya kerana kita seorang wanita...
alahai..dunia..dunia..
adakah kaum wanita perlu duduk di ceruk dapur lagi?
...menjaga anak, melayan suami..tidak keluar rumah mencari rezeki..tidak bergaul dengan orang lain?...
sedih memikirkan nasib diri dibuat pertimbangan sedemikian rupa..hanya kerana kita seorang wanita berkerjaya (setaraf dgn lelaki, malah lebih drpd mereka)..dan masih 'single'?..
walaupun ada kwn2 menyarankan jalan penyelesaiannya adalah dgn BERKAHWIN..akan redalah masalah tersebut..tetapi bagi saya itu bukan penyelesaian yang baik..
bagaimana pula kehidupan selepas kahwin..byk onak dan cabaran yg perlu ditempuhi..mampukah kita bertahan menghadapi segala CABARAN?
wanita sering dipersalahkan bila berlaku sesuatu perceraian...adakah itu meredakan keadaan..
saya bukan bermaksud menolak sebuah perkahwinan..bila tiba masa dan ketika..kahwin lah kita semua..tetapi jodoh, maut, rezeki semua di tanganNYA..mampukah kita mentafsir apa yang kita dpt nanti ?..wallahualam..
YA ALLAH..hanya kepadaMU aku berserah..tabahkanlah hati hambaMU yang serba kekurangan ini..amin

Cabaran pada seorang wanita..

Jumaat, 24 Oktober 2008

Life mein kabhie kabhie


Semalam tengah dok layan cerita-cerita kat tv (sebenarnya nak tengok citer hantu kat tv3, tapi sebab sorang je kat umah, takut punyer pasal , terus terpadam niat nak tengok he he)... terus tertengok movie hindi kat astro channel..mula-mula tu tak faham jalan citer..tp sebab hero kacak punya hal, terus 'melekat' kat depan tv sampai movie tu habis.

Bukan nak mengulas jalan citer, tetapi sekadar berkongsi pendapat tentang apa yang saya fahami daripada movie tersebut.

Kisah bermula dengan 5 orang sahabat yang masing-masing bertaruh untuk mencapai kebahagiaan dalam tempoh 5 tahun. Sepanjang tempoh tersebut, masing-masing mengambil jalan mudah untuk mencapai peluang di depan mata. Tetapi akhirnya mereka tewas dalam perjuangan. Di situ saya mendapat 'sesuatu' yang saya fahami..dalam hidup ini peluang sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja, tetapi jalan untuk mendapatkan peluang tersebut adalah berbeza. Ada yang mengambil jalan mudah, terpaksa mengecewakan hati insan lain, terpaksa melepaskan apa yang menjadi 'kesayangan' dan sebagainya. Walau bagaimanapun, hanya diri kita sendiri yang dapat menilai tentang apa yang kita lakukan.

Kejayaan, kesenangan, ketenangan yang kita perolehi sekarang mengambil masa yang begitu lama untuk dikecapi...

saya percaya pada ketetapan hati..apa yang terlintas di fikiran, terdetik di hati..itulah menjadi pegangan saya dalam membuat sesuatu perkara..insyallah dengan izinNYA, semua perkara yang dilakukan akan menjadi mudah.

Sedar tak sedar hampir 3 jam saya 'layan' tonton movie hindi tersebut...tersenyum seorang diri mengenangkan perjalanan hidup..

teringat pada janji bersama kwn-kwn geng PIRANA masa studi dulu..saya ketua geng tersebut...

wiah, nita, nai, ida, liza, roha, zizah, noeng..semua satu kepala walaupun dari segi perwatakan, saya agak nakal sikit he he..(bukan nakal apa..brutal sikit beb)kwn2 lain semuanya baik2..bertudung kemas, labuh....alhamdulillah..semua bahagia dalam kehidupan masing-masing sekarang...perwatakan saya yang ceria membuatkan saya mudah mesra dengan semua kwn2..sampai kwn2 tidak menyedari bila masa saya berduka dan kecewa..(yang tu rahsia hati saya sorang je tahu)..

janji kami untuk 'berjumpa semula' masih blm dpt ditunaikan kerana lantaran kesibukan masing-masing membataskan waktu kami..

sudah lebih 10 tahun tidak bersua muka..entah macam mana rupa korang sekarang ye...really miss u all.!!

Selasa, 21 Oktober 2008

Semalam...hari ini dan esok..

Semalam saya mc..doktor suruh berehat kerana tekanan darah rendah sangat..keja kuat sangat doktor kata..he he he he...sebenarnya sejak bulan puasa yang lepas keja saya tak habis-habis lagi..marking paper, tulis artikel utk dibentang dalam konferen awal tahun depan, siapkan penulisan buku, etc..
entahlah..agaknya ini memang life style org single macam saya (he he he)..
hari ni saya kelas 4 jam..(penat giler..), nasib baik silibus dah habis..budak-budak apatah lagi..time ni ler mereka ponteng kelas kerana silibus pengajaran dah habis (suke lah korang ek).


malam ni menghadiri majlis makan malan pra graduan kat riverside majestic hotel...(malasnya nak driving ke kuching)..
dan besoknya..keja macam biasa....life must goes on!

Isnin, 20 Oktober 2008

Baby Along


Pada 15 Oktober 2008, Along saya telah selamat melahirkan anak kedua beliau..baby boy..melalui pembedahan kerana doktor mengatakan baby tersebut terlalu besar..(budak kacukan..kerana suami along saya kacukan juga).

ini merupakan anak sedara saya yang keenam..alamat tahun depan bertambahlah 'duit raya' mak anjang..


tahniah along..

Khamis, 16 Oktober 2008

Salam takziah buat Raja Norhasnee

Salam takziah buat keluarga allahyarhamah pelajar DPA saya semester 4, Raja Norhasnee yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi. Arwah seorang yang lembut sifatnya, baik hati, pendiam tetapi Allah lebih menyayangi beliau. Arwah didapati menghidap penyakit diabetes dalam usia yang muda (19 tahun)....Bersama-sama dengan seorang pensyarah, Cik Zalina dan dua pelajar saya, Fitri dan Shukry, kami ke rumah keluarga arwah selepas zohor..tetapi arwah telah dikebumikan. Tak sempat saya nak menziarah dan menatap wajah beliau buat kali terakhir.
Sebagai Ketua Program, saya telah menasihati beliau untuk bercuti pada semester ini kerana memandangkan kesihatan beliau yang kurang mengizinkannya untuk meneruskan pelajaran pada semester ini. Sebelum raya, arwah berkesempatan berjumpa dengan saya dan saya mencadangkan beliau untuk mengambil cuti. Terkenang saya dengan keadaan bapa saya yang menghidap diabetes juga..terpaksa membuat suntikan di perut setiap kali sebelum makan.
Perjalanan hidup kita di dunia ni telah ditentukan oleh Yang Maha Esa..sebagai hambaNya, kita redha di atas ketentuanNYA..ada rahmat di atas segala-galanya...
Ya Allah...Semoga Engkau mencucuri rahmat ke atas roh arwah Raja Norhasnee, tempatkanlah beliau di kalangan orang-orang yang Engkau kasihi. Amin...

Rabu, 15 Oktober 2008

Gambar di Samarinda



Samarinda..

Bulan Jun lepas saya berkesempatan membentangkan kertas kerja di Universiti Mulawarman Samarinda. Byk catatan pengalaman yang dikutip ketika berada di tempat orang. Jauh berjalan, luas pemandangan.

Yang menariknya di Samarinda adalah keunikan tempat-tempat bersejarahnya dan makanan yang lazat-lazat (pada harga yang murah)..kalau Samarinda dekat, for sure saya akan pergi semula ke sana..tetapi tempat tu alahai, jauhnya..
Insyallah kalau ada kesempatan, umur panjang dimurahkan rezeki,,saya pasti akan kembali.
Cik Mat (kwn dari UiTM Sabah) suka mengambil gambar..so kiranya dialah 'cameraman' kami sepanjang berada di sana he he he... (terima kasih Cik Mat..sayanggggg Cik MAT).

Beberapa gambar yang diambil oleh Cik Mat saya kongsi bersama-sama di sini.

Selasa, 14 Oktober 2008

Nape dengan aku hari ni..??

Saya pun tak tahu kenapa dengan saya hari ni...tiba-tiba jadi PELUPA. Pagi tadi nak makan antibiotik sebab masih lagi batuk-batuk..saya LUPA di mana saya letak antibiotik tersebut. Selepas tu nak pergi kerja, saya bawak lah bungkusan sampah nak buang ke dalam tong yang disediakan kat simpang depan rumah dan bungkusan sampah tersebut saya masukkan dalam kereta, tetapi saya LUPA nak membuangnya...alamatnya sampah tersebut saya TERBAWA ke opis..alahai..gelak sendiri..dalam hati berkata-kata..(nape dengan aku hari ni?)..

Semalam semua KP menghadiri Kursus Asas Kaunseling...seronok..tetapi mampukah saya menjadi Pembimbing yang baik?..kwn2 seangkatan KP (Imie, Kak Dyg)..seronok bercerita pengalaman masing-masing semasa 'handle' kes pelajar...saya pulak dengan dunia tersendiri..mengenangkan alahai byk sungguh kes pelajar saya yg kena diselesaikan,...
pagi ni ada mesyuarat tatatertib pelajar yang tak hadir kuliah pulak...aduuuhhh
...kena batal lagi kelas ADS509...(amboi..korang seronok lah yer kelas saya dibatalkan)..he he..
budak2...biasalah..
saya pernah melalui zaman tersebut dulu.
Rindu pada kenangan masa lalu di UUM..mengenali kwn2 sekuliah..Zaidi, Kiran, Saunah, Saupi, Nita, Nai, Wiah..(di manalah korang berada sekarang ni..?)..

Jumaat, 10 Oktober 2008

Demam selepas raya











Alahai,...lepas raya demam lah pulak..batok2 lagi.Di Sarawak amalan beraya berbeza dgn apa yg pernah saya alami semasa beraya di Semenanjung dulu (masa studi). Kat Sarawak , minuman yg dihidangkan adalah air bergas, kek lapis yang manis-manis. Itulah penyebab demam dan batok-batok ni. Kalau kat Semenanjung,air sirap, pelbagai jenis lauk pauk (bestnyer). Teringat lagi semasa beraya di Penang dan Kedah dulu..beraya kat 2 buah rumah pun dah cukup kenyang..mana taknya, ada nasi himpit, kuah kacang, kari, roti jala, mee kari, laksa (aduhhh..terliur lah pulak).dan byk lagi.Tapi kalu beraya kat rumah org2 di Sarawak. biasanya raya pertama je mereka hidangkan lauk-lauk yang 'heavy'..pastu raya kedua dan seterusnya, makan kek, biskut macam biasa.Tetapi saya dah ubah tradisi tu bila dah beraya kat rumah sendiri (rumah saya beli lah). Saya nak buat macam beraya di Semenanjung. Raya kelima hari tu saya dan emak masak nasi minyak, ayam kerisik tomato, sayur campur dan acar nanas. Raya ketujuh pulak kami hidangkan bihun goreng udang, keropok ikan, sandwich tuna..Seronok bila tengok lauk yang dihidangkan semuanya habis (walaupun penat memasak). terima kasih mak sebab tolong masak he hehe he (bertuah punya anak dara!).




Then pagi ni kami ada jamuan raya utk Ketua Program bersama pihak HEA. Semlm saya dan emak siap buat puding buah peach untuk dimakan bersama kwn2 KP pagi ni.




Seronok raya ni walaupun demam kerana anak2 sedara semua berkumpul depan mata..utk ICAD, IPAH, AMOI, DANIEL &DANISH...mak anjang luv u all!

Selasa, 7 Oktober 2008

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Alhamdulillah..Allah panjangkan usia kita untuk sama-sama merasai Ramadhan dan merayakan Syawal tahun ini. Raya tahun ni seperti biasa saya balik kampung di Sarikei. Raya pertama meriah walaunpun hujan lebat melanda dari petang sampai ke malam.
Raya kedua pula membawa ibu bapa untuk menziarah kubur arwah datuk sebelah mak, Abang Ahad di Sibu. Raya keempat dah kena balik semula ke Kuching untuk beraya bersama keluarga sebelah bapa.
Meriahnya raya tidak sama seperti yang dilalui masa zaman kanak-kanak dulu. Sekarang bila dah ada kerjaya sendiri..'mak anjang' (panggilan untuk saya) kena bagi duit raya pula..aduhhh..
tapi yang penting kita dapat sama-sama merayakan lebaran tahun ini bersama keluarga dan sahabat handai.

Buat kawan-kawan saya, Diah, Jedan, Mandy, Nuar, Ayu, Rin..saya ucapkan selamat hari raya..maaf zahir dan batin.

31 Disember 2018

Hari terakhir di tahun 2018. Makin lama makin terasa malas nak memblog. Gago ilak ngan keja. Banyak kenangan yg ditinggalkan dlm tahun ...