Rabu, 24 September 2008

hari yang indah..dan juga meletihkan

Alhamdulillah...akhirnya saya dapat juga mereka blog sendiri. Mana taknya, students saya asyik tanya 'miss nonie ada blog ke?'..dan jawapan saya yang paling ringkas..'blog tu amenda?'..itulah saya..kurang celik IT..
but now, saya dah tahu macam mana nak buat blog sendiri..

pagi tadi habis kelas Malaysian Premiership Studies, saya sempat bersalaman dengan para pelajar dan saling bermaafan..terima kasih kepada pelajar-pelajar yg mengucapkan 'selamat hari raya' kepada saya.

hari ini juga saya terpaksa membuat satu keputusan sama ada perlu menyokong permohonan pelajar saya untuk bercuti khas atau pun tidak menyokong..saya dlm dilema.Bukan tak dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya, tetapi alasan yang diberikan pelajar berkenaan kurang munasabah. Otak saya jadi penat untuk membuat keputusan.

Petang ni kelas habis jam 6pm . Alamatnya tak masak lagi lah saya...apa lagi..jom ramai2 ke pasar ramadhan samarahan.

31 Disember 2018

Hari terakhir di tahun 2018. Makin lama makin terasa malas nak memblog. Gago ilak ngan keja. Banyak kenangan yg ditinggalkan dlm tahun ...