Rabu, 18 November 2009

sahabat lama..

saya jarang meng'update' blog kerana terlalu sibuk dengan kerja..hambatan masa memungkirkan segalanya..
'suatu hari' dulu saya terima sms drpd seorang sahabat lama (9 tahun tak jumpa)..sahabat yang telah memungkirkan sebuah perhubungan yang tercipta ....sahabat tempat bermanja, tempat meluahkan masalah dan dialah SAHABAT utk selama-lamanya..

sahabat: salam..awak pekabar?saya ada di ku...boleh jumpa mlm ni?...s..
aku: (tergamam)..err..wsalam..kbr baik..boleh jumpa..di mana?
sahabat: i will call u later.
aku: ok..

9 tahun, jangka masa yang panjang..tp perjumpaan utk seketika mengubah segalanya..bagi yang mengerti..terima kasih sahabat..andai dapat ku undurkan putaran dunia..akan ku ulang semula semua kisah lama yang tercipta...

kolej pernas, sintok..

ceritera CINTA..

tiba-tiba hati ini terusik..sedih, gembira, sunyi, sepi..semuanya ada..tak tau nape..yg pasti HATI INI TERUSIK...byk dugaan yang ditempuhi, baik dlm hubungan, keluarga, kehidupan, kerjaya dan macam2 lagi..macam lagu jack di bawah..terlalu mengusik hati dan perasaan bagi yang mengerti...

BERTAMU DI KALBU


Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu
Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri
Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia
Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri
Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu

CERAMAH PROGRAM PEMBANGUNAN MINDA INSAN

Saya dijemput menjadi penceramah utk program Pembangunan Minda Insan di Simunjan,Swak pada 2-3 Nov lepas.
Tajuk yang diberikan amat menarik;1.) kecemerlangan ibu bapa & 2.) keluarga bahagia...

emmmm....kalu ditengok pada tajuk mungkin ada yg berkata "awak tak kwin lagi, boleh ke bagi ceramah utk tajuk tu?"..tp alhamdulillah semuanya saya dpt buat..saya bercakap berlandaskan pengalaman sendiri..
seronok sgt...mungkin ini permulaan bagi saya utk menimba lebih banyak peluang sebagai penceramah di masa akan dtg..insyallah..

Rabu, 14 Oktober 2009

Seminar Dasar Malaysia , Kota Kinabalu

Mgu lepas pada 5-8 Oktober 2009, saya berada di KK, Sabah menghadiri SDM..Dapatlah jumpa pensyrah2 lama dari UUM, spt Dr Dani, Prof Dr Abd Rahman Aziz, DR Ruhani dan ramai lagi..(yg bestnya mereka masih ingat NONI ni lagi he he)..seronok juga sembang2 dengan mereka kerana kami sama2 berada di SDM tersebut.

hari pertama seminar - best sgt perasmian...dpt tgk ramai pembentang dan para ilmuwan dari seluruh IPTA..
hari kedua- sesi pembentangan ..kertas kerja dgn DR Dani...tp dia present..saya get ready dgn soalan (kalu adalah..)..
hari ketiga -he he..escape seminar..cos' nak pi town beli brg2 pesanan kwn2..dan terus balik ke Kuching (flight malam)..tp pagi sempat bfast dgn Dr Dani..beliau gesa saya cepat2 siapkan proposal phd..waduh..poning poning..

balik dr KK..demam..mc..huhuhu.

Rabu, 30 September 2009

my heart..

alahai hati..susahnya nak dipujuk setelah dilukai...andai fikiran mampu mengungkap kata2..akan dapatkah hati menerimanya...?
teringat lirik lagu SLAM dulu..(peminat zamani no 1 ni..).

"tidak mungkin ku berpaling lagi..salah sangka yang direncanakan, ..." (jiwang pagi2 ni ..)

kalu lirik lagu omputih pulak..sebijik macam lagu roxette..it must have been love..but its over now..its must have been good..but i lost it somehow..

Rabu, 16 September 2009

manusia..

saya dikelilingi oleh pelbagai sifat manusia..ada yang baik, jujur, 'sweet talker', hipokrit dan bermacam lagi..yang penting saya tak ggu hidup and privacy mereka tetapi kenapa 'mereka' perlu ggu hidup dan privacy saya??!!!..
sebagai seorang ketua, saya menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan..saya buat sedikit teguran untuk kebaikan 'seseorang'..tak berniat nak cari salah orang..since that kita tau diri kita pun tak sempurna...tetapi salahkah seorang ketua menegur anak buahnya hanya untuk kebaikan?
andai 'mereka' dapat merasakan apa yg saya rasa...berada di tempat saya..alangkah bagusnya..
...
selamat hari raya.
maaf zahir dan batin.

Isnin, 14 September 2009

mandung...

time kecik2 dulu kalu time nak 'mandung' atau buka lampu malam 7 likur adalah saat yang dinanti-nantikan..pelbagai kreativiti akan ditunjukkan..masing2 dgn tujuan untuk menceriakan suasana..kdg2 tu siap diadakan pertandingan lampu berhias kat umah masing2...
kemeriahan suasana nak sambut raya jelas terasa time kecik2 dulu..
but now bila dah keja n semadin dewasa..suasana nak raya macam tak terasa pulak..
sampaikan sedar tak sedar tahun ni takde baju raya..takde kasut raya..semuanya pakai baju n kasut pi keja..
alahai...
andai dapat ku putar kan masa..

Rabu, 9 September 2009

tongkang


Saya anak pekerja tongkang...

sedari umur saya 7 tahun saya dah ikut bapak belayar dengan tongkang untuk bawa muatan kayu bakau dari skei-sibu-bintangor..

kepayahan hidup dulu buat semangat saya kuat dalam menghadapi segalanya...

bukan senang nak hidup belayar di dalam tongkang...even dalam adik beradik seramai 5 org..im the only one yg sering ikut bapak belayar..the rest semuanya penakut...he he...

kdg2 tu sampai ponteng sekolah rendah saya semata2 nak ikut bapak belayar..mandi dengan air sungai semasa dlm perjalanan..it was a great moment that i ever had...

budak2 sekarang mana nak ada pengalaman gitu...he he..

Isnin, 17 Ogos 2009

my bestfren story..

Semalam dok tgh migrain sempat layan astro citra ..tgk citer filem tagalong, my best friend’s girlfren..comedy love story…tp pasal hero kacak..terus ‘melekap’ dpan tv sampai habis citer jam 9pm…
Yg bestnya ‘ayat2 cinta’ filem tu kata..’dia mencintai seseorang, tetapi dia bosan dgn kehidupan mereka bersama’…(ntah aku pun tak faham..he he..)
Jalan citer tu macam ada ‘terkena’ je dgn diri saya ..alah..citer cinta zaman belajar 1st degree dulu..
Saya punya sorang bestfren lelaki..dari kwn tu lahirlah sayang….
Tp yg tak bestnya..dia suka kat org lain..(huhuhu..kes bertepuk sebelah tangan ni)…dia suka ppuan bertudung labuh..tp yg saya ni ‘brutal’ ala boyish sikit…
Saya ni lah tmpat dia mengadu segalanya..jadi ‘posmen’ lagi tu antara dia dgn awekz tudung labuh..tensen nyer…
Tp nak dijadikan citer, saya ikut je apa dia suruh..kdg2 nak bgi awekz dia cemburu..saya nilah terpaksa disuruh berlakon jadi awekz baru dia..
Tp awekz tu dah dijodoh dgn pilihan mak bapak dia..so, tgllah kwn saya tu sorang..nak pendekkan citer…dr berlakon tu, kami betul2 jadi couple..bahagia nya rasa wlpun time tu saya final year dan final sem..
Sempat lah gak merasa berdating time pi pasar malam he he..
Tapi dlm sebuah perhubungan, kena ikhlas pada pasangan masing2..
Tp now..jodoh kmi tak pjg..bila saya further study..dia pulak sibuk training keja…now dia berbahagia dgn isteri dan anak2..saya doakan kebahagiaan dia selamanya..

Rabu, 12 Ogos 2009

lelaki...susahnya..

LELAKI....susahnya nak jaga hati seorang insan bernama LELAKI...
dah buat yang terbaik..tp sering disalah anggap..
itulah LELAKI..
wanita tercipta dari tulang rusuk kiri kaum ADAM,..saling melengkapi antara satu sama lain..
tp kalu asyik salah sangka..macam mana nak saling melengkapi?!!..
itulah agaknya ppuan zaman sekrg..termasuklah saya ni...tak jumpa2 lagi pasangan yang serasi (TAK JUMPA SAIZ TULANG RUSUK YG BETUL HE HE)..dah ada depan mata..asyik bergaduh..alahai LELAKI...

Jumaat, 31 Julai 2009

kasih sayang...

Lama dah tak update blog lantaran kesibukan yg teramat sgt..byk perkara yang terbuku di hati..mengundang waktu utk dilampiaskan..
kasih sayang terlalu subjektif pada nilai diri kita manusia..ada yang kata kasih syg hanya mampu diluahkan dengan sentuhan dan perkataan, ada juga yang berkata kasih sayang hanya tergambar dlm perasaan..
tp pada saya, kasih syg adalah segala-galanya..ianya bukan subjektif....ianya adalah gambaran menyeluruh semua nilai yang ada dalam diri seseorang serta selari dengan tindakan yang dibuat...bukan hanya dengan kata2, sentuhan atau perasaan, malah ianya mengatasi segalanya..itulah hakikat kasih syg..
bagi saya , kita tak mampu utk membuktikan segala nilai yg ada pada diri kita untuk menunjukkan kasih syg yang sebenar kepada seseorang..tp apa yang kita mampu adalah dengan perhatian, renungan, secalit perasaan yang tersimpan dlm hati dan tak mampu untuk diukir dengan kata-kata yang indah...

mohon mengerti...

Ahad, 5 Julai 2009

pemandu teksi..

Citer pasal pemandu teksi ni macam2 kita dgr..ada yg baik..ada yang tak baik..entahlah..dah nama MANUSIA kan..
kalu di shah alam, saya akan menggunakan perkhidmatan seorang pemandu teksi India bernama Mr Ravi..he is such a nice guy..dulu Mr RAvi segan sikit dgn saya..kdg2 nak cakap pun dia berlapik..tapi bila dah selalu naik taxi dia, dia semakin peramah..tpi ada satu yg saya ingin citerkan di sini pasal beliau..
beliau seorang bapa kepada beberapa anak gadis remaja..pendirian beliau sangat senang, iaitu bila anak gadisnya tamat je sekolah tingkatan 5, walaupun dpt result yg bagus, namun beliau tetap tidak akan mengizinkan anaknya belajar lagi..dengan kata lain, beliau bimbang dgn kejadian2 yang bolek berlaku dgn remaja masa kini..thats why beliau lebih sanggup menyuruh anak2 gadisnya belajar ilmu rumahtangga seperti memasak, menjahit etc..
sebagai seorang bapa, beliau takut anak2 gadisnya akan terjebak ke dlm perkara2 negatif..
saya hormat pendirian beliau tersebut tetapi tak semua anak2 gadis mudah terjebak ke dlm kes2 negatif..
itu bergantung kepada diri individu itu sendiri..
yg ptg ilmu pengetahuan kena dicari dlm dunia hari ini..dgn ilmulah kita dpt mengubah nasib kita..

satu lagi citer pasal taxi drver ni..last a few days saya balik dr Kl gunalah taxi dr Kuc airport nak ke taman desa permai ni (umah aku ler)..budak pemandu tu muda lagi..yang ni terlebih peramah pulak..ada ke dia citer pasal pergolakan rumah tangga dia dgn wife kat saya, macamlah saya ni kawan dia pulak he he...sampai saya kata kat dia.."saya tak nak dgr"..
itulah ragam pemandu teksi ni..

Khamis, 14 Mei 2009

ujian??????

Dalam hidup ni pelbagai ujian yang dtg,...sama ada secara simbolik, tersembunyi atau secara terang-terangan..
sejak memegang jawatan KP, pelbagai jenis ujian saya hadapi..kalau Iman tak kuat..mahu agaknya jadi 'gila'...
tp Allah mengasihi hamba-hambaNYA yang bersabar..kesabaran itulah yang membantu saya untuk terus bertahan..
hasad dengki, fitnah menjadi 'sajian' hari2..
kdg2 terfikir juga dgn mereka yang berhati busuk spt itu..belajar tinggi2 tapi pemikiran masih lagi kolot!..
saya tak minta pada apa yg diberikan ini..semuanya perancangan yang telah ditentukan olehNYA..setiap apa yang dilakukan adalah..Lillahita'ala..
kita manusia yang lemah..dunia hanya pinjaman, akhirat juga yang kekal nanti..maka bertaubatlah org2 yang mempunyai perasaan sedemikian..setiap apa yang kita lakukan akan dihisab di akhirat nanti..

saya redha dengan semua ujian ini...(ingatkan ujian time sekolah dan universiti je..ujian bertulis, ujian lisan etc..)..tp ujian ni maha hebat..

Selasa, 28 April 2009

Baru balik dari travelling tiap2 minggu..penat..letih..semua ada..semuanya atas urusan rasmi.
2 minggu lepas ke Putrajaya menghadiri roundtable discussion pasal permasalahan dan halatuju belia pada masa kini..ramai wakil dari IPTA yang menghadirinya.
then minggu lepas buat pemilihan buku kat pameran buku antarabangsa di pwtc..balik dari sana ke shah alam pulak menghadiri bengkel pembentangan hasil kajian pilihan raya kecil di tiga tempat dulu..rasa macam 'ayam penyek' dah saya dgn keletihan yang tak dpt dicakap dgn bahasa yang mesra...tapi saya suka..bertambah ilmu pengetahuan..
tp yg tak bestnya..duit asyik keluar je..dgn shopping nye.he he.(mlm ler shopping)..

last 2 days jumpa kwn yg dah lama tak jumpa..hampir setahun jugak..borak2..byk benda nak dikongsi bersama..tp apa2 pun saya doakan kehidupan kwn saya itu bahagia dan sejahtera di dunia dan akhirat.

Rabu, 8 April 2009

sahabat..

sahabat dtg dan pergi..org selalu bagi pandangan sedemikian..
tp bagi diri saya..sahabat adalah sehingga ke akhir hayat..persahabatan itu penting..memupuk persahabatan melalui kejujuran dan keikhlasan..insyallah akan berkekalan sehingga selama-lamanya..
saya ramai sahabat..pelbagai fasa kehidupan yang dilalui..di situlah terjalinnya persahabatan yang murni..
  • darjah 1-6 (saya tak pi tadika...org miskin dulu2 ..tak mampu nak pi)..sahabat saya yg akrab adalah diah, jai, momoi, fairuz, eda, nora, yanti, lehot, ijam, upui..
  • tingkatan 1-6..sahabat semakin bertambah ramai..anip, nor, sue, mangala, adalbert, siew ching, kiong-kiong, ejot..
  • semasa 1st degree..sahabat dari pelbagai negeri..nai, nita, kakshai, kaksyam, kak eja (arwah), ida, shima, zizah, yus, roha, saupi, liza,mary, zaidi, ahab..
  • semasa masters..maz, mila, kak umi, kak wan..
  • bekerja...semakin ramai..sampai tak terhitung..dan bekas students pun dah menjadi sahabat karib sehingga bila2..

itulah erti sebuah persahabatan.. tetapi, bila persahabatan dicemari dgn perasaan..maka terjadilah perpisahan...

mohon yang mengerti..sahabat-sahabatku..

'aku mohon maaf'...'

Khamis, 2 April 2009

BATANG AI..LUBUK ANTU

pelik2 sungguh nama tempat kat swak ni..
last week kmkorg sempat ke batang ai dan lubuk antu utk buat survey dan observation pasal election ..
tok projek bersama pihak INQka di shah alam..
so our faculty bertuah lah kerana diberik penghormatan dan kepercayaan bagi mewakili uitm swk dlm menjalankan kajian tok..
dahlah first time dtg ke sia...aduh best ada..tragis pun ada..
lebih drpd 10 buah rumah panjang diagak mekorg..ada juak diberik oleh tuai umah aik tapai..nasib bukan aik haram ya...aik tuak...nauzubillah..
mun sik palau mekorg wai..
insyallah mgu tok nak ke sia balit..nyambung kajian yg lum siap..
aduh..hujung mgu ku asyik di tempat urang jak..entah bila nak rehat di umah kedirik.

Selasa, 10 Mac 2009

bosannyer...

sibuk sgt 2 3 menjak ni..asyik migrain dan gastrik je..keja kat opis semakin bertimbun..kes2 pelajar byk yg nak diupdate..paperwork dan assignment bebudak tinggi berdiri nak tgu dimarking..kalu ada assistant dlm opis kan best..ini tidak..semua keja dari filing sampai ke tugas admin..sendiri kena buat..nasib ler jadi ketua program..
mana lagi dgn kelas nya...then nak supervise research paper bebudak...
aduuuuuuuhhhhhh....tensen kawe...!!..
nasib ada dua tangan..kalau ada 5 tangan..jadi sotong dah nak kena buat semua keja itu ini..
bila lah agaknya dpt bercuti2 ..nak relax kan otak..otot semua dah macam nak 'reput' ni..he he..
bestnyer kalu dapat pi sabah, langkawi, atau luar dr malaysia ke...entah biler ada masa nak pi ni...

Jumaat, 6 Mac 2009

si comel ku


5 tahun jaga dier..teman dier..dier teman saya..akhirnya berpisah juga kami kerana terpaksa..dan keadaan yang memaksa..

moga si comelku akan sentiasa dlm keadaan yang baik..berkhidmat kepada kwn yang baru..

Jumaat, 13 Februari 2009

cinta dan lagu?

dari awal pagi masa driving tadi saya asyik dengar HOTFM...terasa heran bila asyik kuar lagu cinta zaman budak2 sekolah dulu...then sepanjang jln tgk byk pulak gerai jual bunga, teddy bear etc..bertambah lagi kehairan...ada apa 'specel' ni....laaaaaaaa..rupanya2 esok HARI KEKASIH....
emmmm.budak2 sekolah syok lah nak celebrate..
tak perlulah nak celebrate benda2 dri negara barat tu..
bagi saya setiap hari adalah hari kasih syg..syg pada Pencipta, syg pada ibu bapa, adkberadik, keluarga, kwn2...dan YANG TERSAYANG...he he..
tpi best pulak bila dgr lagu2 cintan zaman budak2 sekolah dulu dlm keta...
lagu2 romantik macam RATUKU, MOHABBATEIN..etc..melayang sekejap pada nostalgia zaman kanak2 ribena dulu..cinta monyet lah, ..tp semuanya dah berlalu..yg ptg kebahagiaan masa sekarang dan akan dtg..
...cewah...u owe me YANG...(bestday gift tak bagi lagi..he he..)

Rabu, 11 Februari 2009

it's all about life...

talking about LIFE..byk sungguh masalah yg kita hadapi...sama ada kita lihat, alami, dengari atau selami..
dan satu perkara yg sgt signifikan dgn LIFE..adalah berkaitan dengan HATI..
bagaimana nak jaga hati org? bagaimana nak selami hati sendiri?..
LIFE IS DRAMA...YEAH..ITS TRUE!..
saya harap ada yg dpt memahami apa yg dinyatakan di sini..

its all about life...

Isnin, 9 Februari 2009

hari yang membosankan...

desktop saya ada problem since last week lagi...geram sgt2 pasal semua data disimpan dlm desktop..dan satu kelemahan saya sendiri ialah tak buat 'back up'..(padan muka)
mintak2 lah dpt dicover semua data tu..pihak unit IT tgh 'menyelamatkan' data2 yg ada..
bad bad day.....

Khamis, 5 Februari 2009

phd...

i was thinking nak buat phd sekian lama... a few weeks ago ada tgk iklan ukm..utk pascasiswazah..so, call lah ukm tanya pasal everything...but then, tgk2 takde yg sesuai dgn my field..
pastu last week tgk lak uum iklan kan utk pascasiswazah lagi...
so, call lagi uum (colgis)..memang sah..bidang saya ada di sana...
now tgh mem'busy'kan diri buat proposal utk permohonan tu..
uum...kau tetap di hatiku.. (cewah..)....
semoga ENGKAU permudahkan segalanya..amin.

Rabu, 4 Februari 2009

matahariku..

kalu dgr lagu ni teringat kat r'mate dulu..cik maz..dier punya trade mark 'sunflower' he he..


tp kalu dgr betul2 liriknya..sedih lah pulak...

Tertutup sudah pintu,
pintu hati ku,
yang pernah dibuka waktu,
hanya untuk mu.
Kini kau pergi,
dari hidup ku,
ku harus relakan mu,
walau aku tak mau.
Berjuta warna pelangi,
didalam hati.
Sejenak luluh bergeming,
menjauh pergi.
Tak ada lagi,
cahaya suci,
semua nada beranjak,
aku terdiam sepi.
Dengarlah matahari ku,
suara tangisan ku,
ku bersedih,
kar’na panah cinta menusuk jantung ku.
Ucapkan matahari ku,
puisi tentang hidup ku,
tentang ku,
yang tak mampu,
menaklukkan waktu.
Dengarlah matahari ku,
suara tangisan ku,
ku bersedih,
kar’na panah cinta menusuk jantung ku.

hepi 'bestday'...hepi 'bestday' to me...

he he he...isnin 2 feb yg lepas bestday saya yg ke..(umur takda dlm kalendar)..ha ha ha...
bosannya bestday mkn kepok lekor sorang2 di umah..parents ke miri, tinggal ler saya dok sorang2 macam org bodo kat umah...
dah tu 'kesayangan' jauh pulak dari mata...waaa.....takde bunga ke tahun ni YANG?..tahun lepas dpt bunga...he he..
saya berkongsi 'bestday' yg sama dgn uncle dan kwn saya, irda..sama hari tapi tahun beza2...cuma irda sebaya dgn saya..
hepi 'bestday' to all..moga kita dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, menjadi insan yg berguna di dunia dan akhirat, dan dpt berbakti kpd ibubapa sehingga ke akhir hayat mereka..amin.,
semlm majlis hari kualiti dan pelancaran 5S di kampus saya..alhamdulillah, saya dpt sijil anugerah khidmat cemerlang..itu semua rezeki dariNYA..
bercakap pasal 5S ni..pening kepala..kalu pihak penilai 'mengaudit' tahap 5S di opis saya...kompom saya akan dpt anugerah 6S..ha ha ha( sampah, selerak, serabut, sempit, sempoi dan sesak)..mana taknya..pejabat ketua program pentadbiran awam tak dpt nak dikemas macam pejabat org lain!!...fail2 byk, dokumen itu ini, students terlalu ramai..almost 500 org..pengsan saya..itu yg boleh jadi 'mak tiri' ...

Jumaat, 23 Januari 2009

tahun baru...

Di atas kesibukan yg amat sgt pasal sem baru dibuka..
lamanya saya tak melawat bolg sendiri...
sampai terlupa nak update ..
tahun baru..azam baru?..saya ni manusia yg susah nak set kan azam..setiap hari adalah azam baru bagi saya...
saya nak segala yg saya lakukan adalah lebih baik dr semlm...
sebab tu kalu org tanya..apa azam tahun baru..saya akan jwb azam saya tiap2 hari dah di set kan..
keja semakin bertimbun..migrain dan gastrik semakin kerap...
seorg teman seopis selalu tegur keadaan saya yg dah semakin 'messy'...muka sentiasa nampak penat, stress..jalan pun dah tak betul..mana taknya..keja semakin hari semakin bertimbun!..

kalu nak cuti pun..lagilah keja semakin bertambah (bukan nak berkurang pun).
awal2 tahun saya dah ambik MC..pasal selalu sgt kurang sihat.

nak buat macam mana..dah keja...nak mengeluh pun..dah namanya KEJA!..
EMMM...

31 Disember 2018

Hari terakhir di tahun 2018. Makin lama makin terasa malas nak memblog. Gago ilak ngan keja. Banyak kenangan yg ditinggalkan dlm tahun ...