Khamis, 18 Mac 2010

Tanjung Manis..

Emm...
hari ni saya akan membawa sekumpulan pelajar AMD5P2 untuk satu lawatan akademik selama 3 hari 2 malam ke pusat SCORE dan Halal Hub di Tanjung Manis, Bahagian Mukah bagi tujuan keperluan kursus PAD320...
mendengar nama nya saja dah pelik kan?
dulu2 nama nya adalah TANJUNG MANI..tetapi bunyi lucah je kan..dan ianya terletak di bawah Bahagian Sarikei..tetapi selepas itu ianya telah ditukar kepada nama TANJUNG MANIS dan diletakkan di bawah pentadbiran Bahagian Mukah.
kalau musim ikan atau udang..memang sedap makan makanan laut seumpama ini di T.Manis...dan ianya juga terletak berdekatan dengan daerah kecil Belawai dan Rajang..

insyallah kalu ada rezeki nanti bolehlah membeli udang salai yg segar di Belawai..mungkin harganya lebih murah di sana berbanding kalau membeli di Sarikei, harga sekilo udang salai adalah RM60, manakala di Kuching pula mencecah RM80...fuhh..mahal tu siah..
heheh..
nanti balik dari trip akan saya updatekan blog ni dengan gambar2 kami..

Jumaat, 5 Mac 2010

persepsi..

bila ditanya maksud 'persepsi',...ianya terlalu subjektif..boleh jadi negatif atau positif answer..tp itulah manusia..kita tak terlepas drpd semua persepsi..sama ada ianya baik atau sebaliknya..
kadang2 disebabkan persepsi yang terlalu negatif, ianya akan membawa kepada kehancuran seseorang,..dan begitulah juga keadaan sebaliknya..
hari ini saya mendapat persepsi yang terlalu negatif ttg diri saya..dan persoalannya..hanya dengan 1 situasi, ianya membawa kepada jawapan yang tidak masuk akal...
walau bagaimanapun, saya memaafkan 'org2' yang memberi pandangan sebegitu kepada saya..walaupun mereka tidak memunculkan diri di depan mata saya..
untuk seketika, saya bertafakur dan insaf akan kekurangan diri..
tiada yang sempurna..

Kenangan zaman persekolahan

Di zaman persekolahan rendah, saya merupakan seorang pelajar yang pendiam, pemalu tetapi bijak dalam pelajaran  (huhuhu..perasan..tp kenyataan). Saya juga aktif bersukan..jadi kapten bola tampar serta pemain hoki sekolah lagi..

Tapi itu dulu...hehehe..zaman budak2 sekolah rendah..bila ke sekolah menengah, saya masih lagi dengan sifat yg pendiam dan tidak byk bercakap..saya dilantik menjadi ahli Pembimbing Rakan Sekolah (PRS) dan pengawas...
sejak diberikan tanggungjawab itulah maka ia telah menukar perwatakan saya kepada seorang yang boleh bercakap2..hehe...
tidak banyak kenangan manis semasa di sekolah menengah...
tapi yg masih saya ingat sampai sekarang adalah sebuah beg syiling kaler oren dan sebiji botol air berbentuk buah manggis yang diberikan oleh bapa semasa mula2 masuk darjah 1..im still remember till' now...
tq dad!

Tangisan...

Tahun 2009 dan awal tahun 2010 menyimpan seribu satu makna kepada saya dan keluarga. Banyak tangisan yang berlaku dan betul2 menguji keimanan kami sebagai hambaNYA.

Pertengahan tahun 2009, my fourth brother disahkan menghidapi kanser..now, dlm proses kimoterapi twice a month..semua itu cubaan daripadaNYA...seribu rahsia yang tidak mampu kita ungkapkan..dan kita adalah hamba-hambaNYA yang terpilih untuk menerima ujian sedemikian..
Awal tahun 2010, my youngest brother passed away..meninggalkan semua org yang disayangi untuk kembali kepada PENCIPTA. semoga beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yang beriman..AMIN...

setiap yang hidup dan bernyawa pasti akan mati...akhirat juga yg kekal abadi..

31 Disember 2018

Hari terakhir di tahun 2018. Makin lama makin terasa malas nak memblog. Gago ilak ngan keja. Banyak kenangan yg ditinggalkan dlm tahun ...