Jumaat, 21 November 2008

aku wanita aku punya cinta...

Suka dgr lagu terbaru dato' siti, Wanita..best sgt lirik2 nya..
ianya memberikan pengertian yg paling dalam..buat yang memahami..


Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta tlah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta

Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah

Dari yang Maha Kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Apakah salah jika aku menyinta

Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

Aku wanita aku kaum hawa

Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia..

Khamis, 20 November 2008

Supergirl..??


Ha ha ha..tergelak besar saya pagi ni bila buka je emel (semlm saya Mc-kurang sihat), kiriman my brother , dia attach kan sekali dengan gambar kami 4 beradik masa kecik2 dulu..waktu tu hero 'superman' menjadi pujaan kanak2..

apalagi..zaman dulu2 kami 3 beradik perempuan (along, ati and me) 'meraung' mintak bapa belikan baju t-shirt siap dgn 'gebar terbang' superman lagi..hahaha..

dan saya hampir terlupa pasal gambar tersebut..itu ler yg terkejut bila tgk2 my brother siap scan dan emel kat saya this morning..tengok je muka zaman 'kanak2 ribena' dulu..aduh..teruknyer beb!..kuang kuang..kuang..


ini ler gambar tu.

Rabu, 12 November 2008

exam fever...marking ..marking..marking

waaaa..kepala otak dah serabut..mana lagi nak marking kertas budak2 ni..then nak buat semakan markah kat bilik gerakan lagi (tak suke nyer jadi KP ni..)
budak epjj pun buat hal...lain kita ajar..lain dier jawab..parah parah parah..
yg bebudak full time lak tulisan tu ntah apa2..macam kelas utk ajar tulisan khat pulak saya tgk..(saya tahulah tulisan saya bukan cantik bebenor..tp at least dpt jugak org baca..)..yg tulisan mereka ni pulak..nak menangis masa saya nak buat marking tu..tak dpt terus nak dibaca..nasib ada 3-4 org je macam tu..kalu satu kelas..haru saya nak marking..dahlah 'darjah kerabunan' mata saya semakin meningkat..nasib baik paper bebudak diploma je dulu..
kang nanti 18hb ni last paper utk budak2 degree lagi nak 'meraung' saya dibuatnya..mana lagi nak baca tulisan korang..nak kejar dateline marking lagi..nak ulang alik pi bilik gerakan lagi..aduh..kurang 2 kilo saya..

Isnin, 10 November 2008

Wanita,kecantikan dan kesihatan..

Bila bercakap soal kecantikan..alahai,wanita tak boleh lari daripada subjek tersebut...sibuk macam mana pun, tetapi sebagai seorang wanita , saya tetap nak 'manjakan' diri dengan kecantikan..
bagi saya kecantikan seseorang adalah subjektif..saya terlalu 'cerewet' dengan bab kecantikan dan kesihatan...tp tak bermaksud saya menggunakan produk yang mahal2 utk kegunaan diri..saya jenis tak suka membazir membeli sesuatu yg mahal..yg ptg kena dan sesuai dgn diri, saya akn beli dan pakai..(walaupun losyen badan dr indonesia berharga RM1.60, saya tetap beli!)..yg ptg sesuai dengan pemakaian diri.
satu 'habit' saya ialah suka pada urutan refleksologi..mana2 je destinasi saya pergi sama ada utk bercuti, membentangkan kertas kerja atau menghadiri mesyuarat, saya akan pastikan utk pergi ke tempat yg ada urutan refleksologi.....
pantang badan saya penat atau letih sikit, saya akan pastikan saya membuat urutan refleksologi!.
..
kebaikan yg diperolehi sungguh ketara..ianya membantu pengaliran darah dan yg ptg sekali untuk kesihatan dalaman wanita!..
saya juga mempunyai jadual yg dibuat sendiri untuk mendisiplinkan diri..contohnya sebulan sekali saya akan pastikan pergi utk facial, buat refleksologi (sama ada urutan keseluruhan badan atau utk kaki sahaja), dan seminggu sekali pergi membuat rawatan mencuci rambut dan mengurut kepala (untuk masalah migrain saya) di salon-salon rambut .....
kos utk kesemuanya adalah dalam RM150 untuk sebulan..nah!..saya tak perlukan duit yang byk sampai ribuan ringgit utk membeli alat2 kecantikan..
yg ptg kesihatan dalaman kita terjaga...

Khamis, 6 November 2008

Seleraknyer....


Hai..serabut sgt kepala 2-3 hari ni dengan keja-keja di opis..byk sgt benda nak difikirkan lagi..

tengok ler keadaan opis saya yang dah macam tongkang pecah ni...

semalam saya dah dpt kiriman buku Travelog Dakwah drpd Prof Kamil...gumbiranya hati..dan mlm tdi saya dah baca separuh drpd kandungan buku tersebut..mata ngantok sgt punyer pasal..terus terlena sampai subuh..

kalu tak bangun jugak alamatnya subuh gajah ler lagi he he..

Rabu, 5 November 2008

Selamat berjuang..

Bermula dari 29 Okt -18 Nov 2008 minggu peperiksaan akhir bermula...waduhhh..penat kepala nak marking kertas jwpan budak2...
kalu jumpa tulisan yang cantik dan 'font size' yang besar..taklah sakit mata...tapi kalu jumpa yang sebaliknya..mau menangis dibuatnya....
tpi dah nama tugas dan tanggungjawab, kita perlulah buat yang sebaiknya..bergelar seorang PENDIDIK adalah satu pekerjaan yang mulia...saya selalu berkata pada diri sendiri lakukan kerja dengan seikhlas hati dan sebaiknya kerana kerja adalah satu ibadah...
so, kepada semua pelajar-pelajar program Pentadbiran Awam, saya mengucapkan selamat maju jaya dan selamat berjuang...

31 Disember 2018

Hari terakhir di tahun 2018. Makin lama makin terasa malas nak memblog. Gago ilak ngan keja. Banyak kenangan yg ditinggalkan dlm tahun ...