Bila bercakap soal kecantikan..alahai,wanita tak boleh lari daripada subjek tersebut...sibuk macam mana pun, tetapi sebagai seorang wanita , saya tetap nak 'manjakan' diri dengan kecantikan..
bagi saya kecantikan seseorang adalah subjektif..saya terlalu 'cerewet' dengan bab kecantikan dan kesihatan...tp tak bermaksud saya menggunakan produk yang mahal2 utk kegunaan diri..saya jenis tak suka membazir membeli sesuatu yg mahal..yg ptg kena dan sesuai dgn diri, saya akn beli dan pakai..(walaupun losyen badan dr indonesia berharga RM1.60, saya tetap beli!)..yg ptg sesuai dengan pemakaian diri.
satu 'habit' saya ialah suka pada urutan refleksologi..mana2 je destinasi saya pergi sama ada utk bercuti, membentangkan kertas kerja atau menghadiri mesyuarat, saya akan pastikan utk pergi ke tempat yg ada urutan refleksologi.....
pantang badan saya penat atau letih sikit, saya akan pastikan saya membuat urutan refleksologi!.
..
kebaikan yg diperolehi sungguh ketara..ianya membantu pengaliran darah dan yg ptg sekali untuk kesihatan dalaman wanita!..
saya juga mempunyai jadual yg dibuat sendiri untuk mendisiplinkan diri..contohnya sebulan sekali saya akan pastikan pergi utk facial, buat refleksologi (sama ada urutan keseluruhan badan atau utk kaki sahaja), dan seminggu sekali pergi membuat rawatan mencuci rambut dan mengurut kepala (untuk masalah migrain saya) di salon-salon rambut .....
kos utk kesemuanya adalah dalam RM150 untuk sebulan..nah!..saya tak perlukan duit yang byk sampai ribuan ringgit utk membeli alat2 kecantikan..
yg ptg kesihatan dalaman kita terjaga...