.jpg)
Alahai,...lepas raya demam lah pulak..batok2 lagi.Di Sarawak amalan beraya berbeza dgn apa yg pernah saya alami semasa beraya di Semenanjung dulu (masa studi). Kat Sarawak , minuman yg dihidangkan adalah air bergas, kek lapis yang manis-manis. Itulah penyebab demam dan batok-batok ni. Kalau kat Semenanjung,air sirap, pelbagai jenis lauk pauk (bestnyer). Teringat lagi semasa beraya di Penang dan Kedah dulu..beraya kat 2 buah rumah pun dah cukup kenyang..mana taknya, ada nasi himpit, kuah kacang, kari, roti jala, mee kari, laksa (aduhhh..terliur lah pulak).dan byk lagi.Tapi kalu beraya kat rumah org2 di Sarawak. biasanya raya pertama je mereka hidangkan lauk-lauk yang 'heavy'..pastu raya kedua dan seterusnya, makan kek, biskut macam biasa.Tetapi saya dah ubah tradisi tu bila dah beraya kat rumah sendiri (rumah saya beli lah). Saya nak buat macam beraya di Semenanjung. Raya kelima hari tu saya dan emak masak nasi minyak, ayam kerisik tomato, sayur campur dan acar nanas. Raya ketujuh pulak kami hidangkan bihun goreng udang, keropok ikan, sandwich tuna..Seronok bila tengok lauk yang dihidangkan semuanya habis (walaupun penat memasak). terima kasih mak sebab tolong masak he hehe he (bertuah punya anak dara!).
Then pagi ni kami ada jamuan raya utk Ketua Program bersama pihak HEA. Semlm saya dan emak siap buat puding buah peach untuk dimakan bersama kwn2 KP pagi ni.
Seronok raya ni walaupun demam kerana anak2 sedara semua berkumpul depan mata..utk ICAD, IPAH, AMOI, DANIEL &DANISH...mak anjang luv u all!