Selasa, 14 Oktober 2008

Nape dengan aku hari ni..??

Saya pun tak tahu kenapa dengan saya hari ni...tiba-tiba jadi PELUPA. Pagi tadi nak makan antibiotik sebab masih lagi batuk-batuk..saya LUPA di mana saya letak antibiotik tersebut. Selepas tu nak pergi kerja, saya bawak lah bungkusan sampah nak buang ke dalam tong yang disediakan kat simpang depan rumah dan bungkusan sampah tersebut saya masukkan dalam kereta, tetapi saya LUPA nak membuangnya...alamatnya sampah tersebut saya TERBAWA ke opis..alahai..gelak sendiri..dalam hati berkata-kata..(nape dengan aku hari ni?)..

Semalam semua KP menghadiri Kursus Asas Kaunseling...seronok..tetapi mampukah saya menjadi Pembimbing yang baik?..kwn2 seangkatan KP (Imie, Kak Dyg)..seronok bercerita pengalaman masing-masing semasa 'handle' kes pelajar...saya pulak dengan dunia tersendiri..mengenangkan alahai byk sungguh kes pelajar saya yg kena diselesaikan,...
pagi ni ada mesyuarat tatatertib pelajar yang tak hadir kuliah pulak...aduuuhhh
...kena batal lagi kelas ADS509...(amboi..korang seronok lah yer kelas saya dibatalkan)..he he..
budak2...biasalah..
saya pernah melalui zaman tersebut dulu.
Rindu pada kenangan masa lalu di UUM..mengenali kwn2 sekuliah..Zaidi, Kiran, Saunah, Saupi, Nita, Nai, Wiah..(di manalah korang berada sekarang ni..?)..

31 Disember 2018

Hari terakhir di tahun 2018. Makin lama makin terasa malas nak memblog. Gago ilak ngan keja. Banyak kenangan yg ditinggalkan dlm tahun ...