Hujung minggu tadi saya balik kpg menjenguk mak ayah dan keluarga..sekarang di kpg saya tengah musim durian dan dabai..apa lagi 'berkaul' lah saya makan buah-buah tersebut...
itulah perkara yg saya buat bila menghadapi masalah...saya suka travelling walaupun terpaksa memandu 6 jam...atau kdg2 terpaksa duduk di dalam bas sehingga 6 jam..!!
tetapi itulah hakikatnya..bukan 'melarikan' diri daripada masalah..tetapi itu lah ketenangan yang dicari..bebas dr segala-galanya..
Apa yang ingin saya luahkan di sini adalah tentang cabaran dan nasib seorang wanita berkerjaya dan belum berkahwin (my story actually)..
Adakah menjadi satu kesalahan bila seorang wanita berkerjaya, senang dengan kehidupan yang dimilikinya?..seperti hidup saya..enjoy, hepi go lucky, ada mak bapa yang sayang sepenuhnya dengan kita..ada rumah, ada kereta, ada kerjaya yg baik, ada kedudukan..ada segala2nya..tak pernah ambil tahu hal org ..tak ada masa nak bergosip..tetapi telah menjadi 'buah mulut' org-org di sekeliling bila mana dilihat keluar bersama kaum bernama lelaki atas sesuatu urusan kerja ?..salahkah bila kita sebagai rakan sekerja keluar makan bersama sambil berbincang hal research, publication dengan kaum bernama lelaki?..(hanya kerana kita bekerja bersama dlm satu kumpulan)..
kita sebagai wanita tahu menjaga maruah kita, tahu adat, tahu hukum hakam agama..adakah kerana kita 'single' maka kita sering dikotak-katikkan sedemikian rupa?..
adakah keadilan bagi kita dibuat pertimbangan sedemikian hanya kerana kita seorang wanita...
alahai..dunia..dunia..
adakah kaum wanita perlu duduk di ceruk dapur lagi?
...menjaga anak, melayan suami..tidak keluar rumah mencari rezeki..tidak bergaul dengan orang lain?...
sedih memikirkan nasib diri dibuat pertimbangan sedemikian rupa..hanya kerana kita seorang wanita berkerjaya (setaraf dgn lelaki, malah lebih drpd mereka)..dan masih 'single'?..
walaupun ada kwn2 menyarankan jalan penyelesaiannya adalah dgn BERKAHWIN..akan redalah masalah tersebut..tetapi bagi saya itu bukan penyelesaian yang baik..
bagaimana pula kehidupan selepas kahwin..byk onak dan cabaran yg perlu ditempuhi..mampukah kita bertahan menghadapi segala CABARAN?
wanita sering dipersalahkan bila berlaku sesuatu perceraian...adakah itu meredakan keadaan..
saya bukan bermaksud menolak sebuah perkahwinan..bila tiba masa dan ketika..kahwin lah kita semua..tetapi jodoh, maut, rezeki semua di tanganNYA..mampukah kita mentafsir apa yang kita dpt nanti ?..wallahualam..
YA ALLAH..hanya kepadaMU aku berserah..tabahkanlah hati hambaMU yang serba kekurangan ini..amin